FAKTOR LUARAN
– Kelemahan Pertahanan dan Senjata
Apabila Portugis hendak diserang,Melaka sebenarnya tidak bersedia mempertahankanMelaka.Senjata meriam Portugis terlalu kuat bagi tenterhulubalang Melaka.Portugis mempunyai kapal-kapal perang yang lengkap dan terbaik pada zaman itu.Saiznya lebih besar dan mempunyai kuasa meriam yang lebih baik jika dibandingkan dengan saiz kapal negara-negara di Asia.Dilihatdaripada sudut geografinya, Melaka terbahagi dua oleh Sungai Melaka. Bandarnya tidak memiliki kota samada kota kayu atau batu. Yang mempunyai kota hanyalah Bukit Melaka yang dikelilingi kota kayu atau pagar ruyung. Apabila Portugis berjaya menawan jambatan (merupakan tempat pertahanan utama orang Melaka) separuh perang sudah berpihak kepada Portugis. Selain itu , tidak ada sama sekali angkatan laut Melaka yang menentang Alfonso D'Albuquerque diperairan kerana Laksamana Khawaja Hasan sudah tidak menyandang jawatan Laksamana bagi angkatan Melayu yang menentang Portugis . Selepas itu baru Hang Nadim diangkat menggantikan Khawaja Hasan.
– Tentera Portugis terlatih
Jumlah Soldadu Portugis sejumlah 1,100 orang yang terdiri daripada 800 orang
Portugis dan 300 orang Malabari merupakan askar-askar yang terlatih,
berdisiplin dan sudah matang dalam cara berperang dengan orang-orang Islam. Semangat mereka sentiasa berkobar-kobar menentang orang-orang Islam kerana diapi - apikan selalu oleh ketua-ketua mereka bahawa perang menentang Islam di Melaka meneruskan semangat crusade (perang salib).
– Dikhianati
Kelemahan Melaka sentiasa diberitahu oleh pihak-pihak yang khianat dan ingin
membantu Portugis. Semasa serangan ke atas jambatan , WangKeng Cina turut
melanggar jambatan itu. Mereka ini adalah orang yang tidak puas hati kerana pernah dianiayai atau tidak mendapat ganjaran daripada pembesar Melaka.
– Menuntut Bela
Hasrat D'Albaquerque ingin menuntut bela dan melepaskan orang tawanan bangsa Portugis amat membara. Orang-orang tawanan ini adalah pengikut De Sequiera yang mula-mula mengunjungi Melaka dalam tahun 1509. Walaupun pelbagai syarat diberikan untuk membebaskan tawanan tersebut, namun tujuan asal D'Albaquerque ialah ingin menakluki Melaka jauh sekali untuk berdamai.
– Prinsip perjuangan Portugis
Portugis berjuang berasaskan 4 prinsip :-
i) Gospel – yakni Kitab Injil dimana perjuangan kerja-kerja dakwah bagi mengembangkan agama Roman Katolik mereka ke pelusuk dunia.
ii) Glory – yakni perjuangan demi memartabatkan kecemerlangan buat Raja dan Portugal
iii ) Gold – yakni hasrat ingin mendapatkan emas dan memperolehi harta rampasan
Dengan prinsip-prinsip ini mereka begitu bersemangat dan berusaha
bersungguh-sungguh menakluki mana-mana benua yang dijelajahi .
Luqman Ammar Comei Dan Nakal...Aummmmmmm...
ReplyDelete