setelah mengkaji tentang kejatuhan melaka ,kami mendapat satu kesimpulan dan beberapa pengajaran hasil daripada penjajahan dan penaklukan melaka dri kuasa barat .
KESIMPULAN
– Dilihat dari aspek Sosial
Sejarah telah mengajar kita erti pengorbanan pejuang-pejuang silam. Sejarah juga mengajar bagaimana menjadikan kita bersatu dan kekal harmoni dalam kelompok yang berbeda budaya, kepercayaan dan keturunan. Ketiga-tiga aspek di atas sangat mempengaruhi kestabilan dan keutuhan sesebuah negara. Marilah kita bersatu - padu memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara yang kita nikmati sekarang. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.Sejarah yang pahit itu,kita jadikan sempadan untuk membina negara bangsa yang penuh dengan warisan dan kaya budayanya
PENGAJARAN
– Dilihat dari aspek politik
Betapa nilai perpaduan antara pemimpin pemerintah dan rakyat jelata amat penting. Apabila pemerintah mampu memikul amanah membela rakyat , tidak mementingkan diri sendiri ,berintegriti , bertanggungjawab , berwibawa, bijak, tegas dan tidak mengamalkan rasuah maka negara akan sentiasa aman dan dipandang tinggi orang luar. Pemimpin-pemimpin yang telah dipilih haruslah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan sedia berkhidmat untuk negara dan bangsa. Inilah faktor-faktor yang tidak diambil berat oleh Pemerintah di zaman kesultanan Melaka. Tampuk pemerintahan sesebuah negara haruslah kuat,mempunyai hubungan yangbaik di antara sesama pemimpin dan rakyat jelata.Para pemimpin juga harus menolak kepentingan peribadi demitugas dan tanggungjawab kepada negara. Amalan rasuah perlu dihapuskan kerana ia akan melumpuhkan seluruh jenter pentadbiran negara. Sikap adil dan saksama juga harus ada. Sebagai rakyat,kita juga mempunyai tanggungjawab dalam menentukan kesatabilan politik negara kita. Kita harus menghormati dan taat kepada pemimpin kita. Jangan mudah melatah, jika ada dasar-dasar kerajaan yang kita tidak persetujui dengan cara mogok atau demonstrasi.Segala permasalahan perlu diselesaikan secara aman melalui perbincangan yang rasional.Sesuai dengan slogan Perdana Menteri kita,Datuk Seri Najib bin Tun Razak,"Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan,"kita dengan penuh
keyakinan percaya bahawa peristiwa kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka tidak
akan berulang.
– Dilihat dari aspek Ekonom i
Kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah yang dinikmati pembesar-pembesar Melaka menjadikan mereka leka dan berlumba-lumba mengikis harta negara. Pengajaran daripada peristiwa itu, kita tidak harus leka dengan hasil mahsyul negara dan berlumba-lumba memunggah harta kekayaan negara demi kepentingan diri sendiri. Pemimpin-pemimpin negara perlu bijak menyalurkan hasil negara untuk dinikmati semua rakyat jelata. Pembangunan negara dan kemudahan infrastruktur dapat dinikmati bersama. Tidak harus kekayaan dimonopoli oleh seseorang individu, sesuatu kaum atau koloni-koloni tertentu sahaja.Ekonomi akan bertambah kukuh dan jauh daripada perasaan tidak puas hati , dendam dan dengki semua pihak.
– Dilihat dari aspek Sosial
Sikap saling hormatmenghormati harus ditanamkan di dalam diri setiap masyarakat yang hidup dalam pelbagai kaum dan agama. Jika timbul prasangka yang berbentuk fitnah dan provokasi , maka akan membuakkan perasaan marah dan dendam pihak yang tidak berpuashati. Sikap kurang senang orang-orang melayu dengan India-Muslim, dan permusuhan orang-orang cina dengan penduduk tempatan Melaka menjadi perpecahan di dalam negeri itu sendiri sehingga memudahkan pihak Portugis menguasai minda pihak yang kurang puas hati membantu mereka melumpuhkan lagi pentadbiran negara. Ini sepatutnya menjadi cermin generasi kita hari ini. Setiap kaum harus menghormati adat resam kaum-kaum yang lain dan menjauhkan rasa prejudis dan saling mengekalkan keharmonian negara ini.Setiap rakyat perlu menanam dalam jiwa perasaan taat setia terhadap raja dan negara ataupun pemerintah. Tanpa sokongan rakyat , sehebat manapun tokoh ata pemerintah itu, akan goyah dan punah juga akhirnya. Semangat patriotisme di dalam masyarakat amat diperlukan meskipun hidup dalam budaya dan agama yang berbeda. Di dalam negara kita, prinsip rukun negara menjadi wadah perpaduan sepanjang zaman. Menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu amat dituntut daripada generasi kini dan akan datang.