Wednesday, 28 September 2016

ASSALAMUALIKUM

kami dari kelas DKA1C PTSB akan menerangkan serba sedikit daripada sebab dan sedikit jalan cerita mengenai kejatuhan melaka kepada tangan penjajah selama ratusan tahun sebelum kita kembali menjadi TUAN di bumi sendiri. oleh kerana itu, semoga dengan kejadian ini kita dapat mempelajari kesilapan yang dilakukan dahulu supaya kita tidak kembali dijajah di bumi sendiri.

Muhammad Nur Ikhwan Bin Mohd Anisi ( 16DKA16F1981)
Muhammad Luqman Ammar Bin Mohd Taridi (16DKA16F1127)
Muhammad Firdaus Bin Adnan (16DKA16F1048)
Amin Muqri Bin Rosli (16DKA16F1027)


Tuesday, 27 September 2016

PENGENALAN 

ASAL-USUL KESULTANAN MELAKA


Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya (Hindu). Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentanbernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas PalembangBentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.[3][4]



Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagaiMjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, angkatan Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke (Sening Ujong atau nama lama bagi Sungai Ujong]]). Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di muara Sungai Bertam (nama lama bagi Sungai Melaka). Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi Raja.[5] Parameswara merasakan kedudukan tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan. Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan Api-api boleh dijadikan benteng semulajadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.
Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.Oleh itu, Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. Parameswara menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja MingYung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.[perlu rujukan]
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempahdengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :
Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia


Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, ArabIndia, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.


Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku yang mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun PerakHang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.
Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).







Monday, 26 September 2016

Kejatuhan Melaka


Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.
Pada tahun 1488Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah , ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.





Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

Sunday, 25 September 2016

Faktor dalaman kejatuhan melaka

terdapat beberapa faktor dalaman yang berlakunya kejatuhan melaka semasa pemerintahan sultan mahmud shah ialah:


 FAKTOR DALAMAN 


– Sistem pemerintahan yang lemah
Sistem pemerintahan yang lemah semasa pemerintahan Kesultanan Melaka merupakan faktor yang pertama dilihat menjurus kepada kejatuhan Melaka.Sultan Mahmud (1488-1511)pengganti kepada ayahndanya Sultan Allauddin(1477-1488) tidak mampu  memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri dan gagal mengawal tindakan pembesar-pembesarnya yang lebih berkuasa terhadap rakyatnya. Ketokohan Sultan Allaudin yang dikenali sebagai seorang yang perkasa , tegas ,alim , berani dan adil tidak mampu diwarisi oleh Sultan Mahmud yang zalim, suka berfoya-foya  dan berpelesaran , leka dengan ilmu agama sehingga mengabaikan pentadbiran , tidak adil dan kurang bertimbangrasa.

 – Pengganti bendahara yang tidak berwibawa
Bendahara-bendahara yang mengganti Tun Perak tidak mempunyai ketokohansehebat beliau. Adiknya Tun Perpatih Putih adalah orang yang boros dan anak-saudaranya Tun Mutahir cenderung mencari laba dan kekayaan sebanyak yang mampu lalu memperagakan kekayaan dan kedudukan beliau tanpa segan silu. Kekayaan dan kesejahteraan yang melimpah-ruah telah menyebabkan kepimpinan leka dan lemah serta mengabaikan negara.

– Perbalahan pembesar-pembesar Istana
Pembesar-pembesar kembali berpuak-puak, bukan sahaja puak melayu dan India Muslim, malah puak tua (berpihak kepada Sultan Mahmud) dan puak muda (bersama Sultan Ahmad Syah). Perpecahan begini melemahkan kaum bangsawan sebagai pentadbiran dan pemimpin negara.

– Pemecatan Pembesar yang cekap
Akibat pembunuhan  Bendahara Tun Mutahir , Penghulu Bendahari Tun Tahir dan Temenggung Tun Hasan ,Melaka kehilangan pembesar-pembesar yang cekap dan berpengalaman malah turut terjejas ialah jawatan Laksamana.Jawatan tersebut yang dipegang oleh Laksamana Khawaja Hasan telah dilucutkan kerana menyampaikan fitnah tanpa usul periksa. Ini menyebabkan tiada angkatan laut yang mempertahankan Melaka.

– Tidak setia kepada Raja 
Kerajaan Melaka bukanlah satu unit politik yang teguh tetapi terdiri daripada lalu memperagakan kekayaan dan kedudukan beliau tanpa segan silu. Kekayaan dan kesejahteraan yang melimpah-ruah telah menyebabkan kepimpinan leka dan lemah serta mengabaikan negara.


 – Cukai yang tinggi
Para pedagang dan saudagar pula semakin dikenakan cukai yang berlebihan .Suasana ini kurang disenangi oleh mereka. Pedagang dan saudagar-saudagar ini berpaling arah mencari pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei yang lebih murah cukainya. Pembesarpembesar tidak lagi turut berdagang tetapi meninggalkannya untuk menyandang jawatan-jawatan di istana.

 Kelemahan dan kucar-kacir di istana
Kelemahan Raja Melaka yang selalu meninggalkan istana kerana berundur diri menyebabkan ada pihak-pihak berebut inginkan takhta kerajaan. Sikap pembesar seperti  Tun Mutahir yang sombong dan sentiasa berlagak memang tidak menghiraukan kerabat diraja, menjadi salah satu punca perpecahan di istana. Pada suatu ketika , Sultan Mahmud ingin mengahwini anaknya Tun Fatimah yang cantik itu pun tidak dihiraukannya sedangkan ketika itu Sultan Mahmud kematian permaisuri. Fitnah yang menimpa Tun Mutahir dan keluarganya mengakibatkan terhapusnya suatu keluarga yang terkuat dan berpengaruh di Melaka.

– Semangat Jihad yang lemah
Walaupun agama Islam berpusat dan tersebar di Melaka, namun pegangan agama itu dikalangan pembesar dan penduduknya amat tipis. Mereka kerap mempersendakan kehadiran ulamau-lama asing. Semangat berjihad mempertahankan bumi bertuah itu dan demi agama Islam tidak tertanam kukuh disanubari mereka.
'




Saturday, 24 September 2016



 FAKTOR LUARAN 

– Kelemahan Pertahanan dan Senjata
Apabila Portugis hendak diserang,Melaka sebenarnya tidak bersedia mempertahankanMelaka.Senjata meriam Portugis terlalu kuat bagi tenterhulubalang Melaka.Portugis mempunyai kapal-kapal perang yang lengkap dan terbaik pada zaman itu.Saiznya lebih besar dan mempunyai kuasa meriam yang lebih baik jika dibandingkan dengan saiz kapal negara-negara di Asia.Dilihatdaripada sudut geografinya, Melaka terbahagi dua oleh Sungai Melaka.  Bandarnya tidak memiliki kota samada kota kayu atau batu. Yang mempunyai kota hanyalah Bukit Melaka yang dikelilingi kota kayu atau pagar ruyung. Apabila Portugis berjaya menawan jambatan (merupakan tempat pertahanan utama orang Melaka) separuh perang sudah berpihak kepada Portugis. Selain itu , tidak ada sama sekali angkatan laut Melaka yang menentang Alfonso D'Albuquerque diperairan kerana Laksamana Khawaja Hasan sudah tidak menyandang jawatan Laksamana bagi angkatan Melayu yang menentang Portugis . Selepas itu baru Hang Nadim diangkat menggantikan Khawaja Hasan.

– Tentera Portugis terlatih
Jumlah Soldadu Portugis sejumlah 1,100 orang yang terdiri daripada 800 orang
Portugis dan 300 orang Malabari  merupakan askar-askar yang terlatih,
berdisiplin dan sudah matang dalam cara berperang dengan orang-orang Islam. Semangat mereka sentiasa berkobar-kobar menentang orang-orang Islam kerana diapi - apikan selalu oleh ketua-ketua mereka bahawa perang menentang Islam di Melaka meneruskan semangat crusade (perang salib).


– Dikhianati
Kelemahan Melaka sentiasa diberitahu oleh pihak-pihak yang khianat dan ingin
membantu Portugis. Semasa serangan ke atas jambatan , WangKeng Cina turut
melanggar jambatan itu. Mereka ini adalah orang yang tidak puas hati kerana pernah dianiayai atau tidak mendapat ganjaran daripada pembesar Melaka.


– Menuntut Bela
Hasrat D'Albaquerque ingin menuntut bela dan melepaskan orang tawanan bangsa Portugis amat membara. Orang-orang tawanan ini adalah pengikut De Sequiera yang mula-mula mengunjungi Melaka dalam tahun 1509. Walaupun pelbagai syarat diberikan untuk membebaskan tawanan tersebut, namun tujuan asal D'Albaquerque ialah ingin menakluki Melaka jauh sekali untuk berdamai.



Prinsip perjuangan Portugis

Portugis berjuang berasaskan 4 prinsip :-

i) Gospel  – yakni Kitab Injil dimana perjuangan kerja-kerja dakwah bagi mengembangkan agama Roman Katolik mereka ke pelusuk dunia.

ii) Glory  yakni perjuangan demi memartabatkan kecemerlangan buat Raja dan Portugal

iii ) Gold  – yakni hasrat ingin mendapatkan emas dan memperolehi harta rampasan

Dengan prinsip-prinsip ini mereka begitu bersemangat dan berusaha
bersungguh-sungguh menakluki mana-mana benua yang dijelajahi .






Friday, 23 September 2016



setelah mengkaji tentang kejatuhan melaka ,kami mendapat satu kesimpulan dan beberapa pengajaran hasil daripada penjajahan dan penaklukan melaka dri kuasa barat .
KESIMPULAN 
Sejarah telah mengajar kita erti pengorbanan pejuang-pejuang silam. Sejarah juga mengajar bagaimana menjadikan kita bersatu dan kekal harmoni dalam kelompok yang berbeda budaya, kepercayaan dan keturunan. Ketiga-tiga aspek di atas sangat mempengaruhi kestabilan dan keutuhan sesebuah negara. Marilah kita bersatu - padu memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara yang kita nikmati sekarang. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.Sejarah yang pahit itu,kita jadikan sempadan untuk membina negara bangsa yang penuh dengan warisan dan kaya budayanya


 PENGAJARAN 
– Dilihat dari aspek politik
Betapa nilai perpaduan antara pemimpin pemerintah dan rakyat jelata amat penting. Apabila pemerintah mampu memikul amanah membela rakyat , tidak mementingkan diri sendiri ,berintegriti , bertanggungjawab , berwibawa, bijak, tegas dan tidak mengamalkan rasuah maka negara akan sentiasa aman dan dipandang tinggi orang luar. Pemimpin-pemimpin yang telah dipilih haruslah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan sedia berkhidmat untuk negara dan bangsa. Inilah faktor-faktor yang tidak diambil berat oleh Pemerintah di zaman kesultanan Melaka. Tampuk pemerintahan sesebuah negara haruslah kuat,mempunyai hubungan yangbaik di antara sesama pemimpin dan rakyat jelata.Para pemimpin juga harus menolak kepentingan peribadi demitugas dan tanggungjawab kepada negara. Amalan rasuah perlu dihapuskan kerana ia akan melumpuhkan seluruh jenter pentadbiran negara. Sikap adil dan saksama juga harus ada. Sebagai rakyat,kita juga mempunyai tanggungjawab dalam menentukan kesatabilan politik negara kita. Kita harus menghormati dan taat kepada pemimpin kita. Jangan mudah melatah, jika ada dasar-dasar kerajaan yang kita tidak persetujui dengan cara mogok atau demonstrasi.Segala permasalahan perlu diselesaikan secara aman melalui perbincangan yang rasional.Sesuai dengan slogan Perdana Menteri kita,Datuk Seri Najib bin Tun Razak,"Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan,"kita dengan penuh
keyakinan percaya bahawa peristiwa kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka tidak
akan berulang.


 – Dilihat dari aspek Ekonomi
Kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah yang dinikmati pembesar-pembesar Melaka menjadikan mereka leka dan berlumba-lumba mengikis harta negara. Pengajaran daripada peristiwa itu, kita tidak harus leka dengan hasil mahsyul negara dan berlumba-lumba memunggah harta kekayaan negara demi kepentingan diri sendiri. Pemimpin-pemimpin negara perlu bijak menyalurkan hasil negara untuk dinikmati semua rakyat jelata. Pembangunan negara dan kemudahan infrastruktur dapat dinikmati bersama. Tidak harus kekayaan dimonopoli oleh seseorang individu, sesuatu kaum atau koloni-koloni tertentu sahaja.Ekonomi akan bertambah kukuh dan jauh daripada perasaan tidak puas hati , dendam dan dengki semua pihak.


– Dilihat dari aspek Sosial
Sikap saling hormatmenghormati harus ditanamkan di dalam diri setiap masyarakat yang hidup dalam pelbagai kaum dan agama. Jika timbul prasangka yang berbentuk fitnah dan provokasi , maka akan membuakkan perasaan marah dan dendam pihak yang tidak berpuashati. Sikap kurang senang orang-orang melayu dengan India-Muslim, dan permusuhan orang-orang cina dengan penduduk tempatan Melaka menjadi perpecahan di dalam negeri itu sendiri sehingga memudahkan pihak Portugis menguasai minda pihak yang kurang puas hati membantu mereka melumpuhkan lagi pentadbiran negara. Ini sepatutnya menjadi cermin generasi kita hari ini. Setiap kaum harus menghormati adat resam kaum-kaum yang lain dan menjauhkan  rasa prejudis dan saling mengekalkan keharmonian negara ini.Setiap rakyat perlu menanam dalam jiwa perasaan taat setia terhadap raja dan negara ataupun pemerintah. Tanpa sokongan rakyat , sehebat manapun tokoh ata pemerintah itu, akan goyah dan punah juga akhirnya. Semangat patriotisme di dalam masyarakat amat diperlukan meskipun hidup dalam budaya dan agama yang berbeda. Di dalam negara kita, prinsip rukun negara menjadi wadah perpaduan sepanjang zaman. Menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu  amat dituntut daripada generasi kini dan akan datang.